Saturday, September 20, 2008

Jentera Pilihan Raya BN rapuh.




Sejak pilihan raya umum ke-12 hinggalah ke pilihan raya kecil di permatang pauh,jelas dilihat jentera kempen pilihan raya BN agak kurang bermaya dan tidak dapat mengatasi strategi pihak lawan.Peneraju jentera kempen pilihan raya BN gagal membaca gerak geri strategi pihak lawan,dan paling penting membawa keyakinan kepada para pengundi untuk memilih BN.Hal ini berlaku kerana jentera kempen BN masih lagi terikut-ikut dengan rentak dan strategi lama dan strategi itu gagal difahami pengundi.Jelasnya komponen gagal membawa satu strategi yang mampu mencelik fikiran pengundi untuk memilih BN.Pola -pola kehendak pengundi Melayu,Cina dan India gagal diterjemahkan oleh jentera BN.Nampaknya peneraju dan pengerak jentera BN harus lebih komitmen dan berkempen dengan penuh usaha,bukannya sekadar melepas batuk ditangga.Pun begitu pada ketika ini semestinya peneraju jentera kempen pilihan raya BN telah memastikan akan kelemahan yang telah berlaku dan akan meningkatkan prestasi itu.Jika tidak BN akan tumbang lagi,dan ditumbangkan kerana situasi gerak kempen BN yang tidak jitu dan dapat mencelik fikiran pengundi.Akhirnya kalah menang itu adat pertandingan,namun usah mudah menuding jari kepada orang lain kerana kecundangnnya BN adalah kerana jentera BN,bukannya kerana Pak Lah.Akhirnya juga,apabila peralihan kuasa Pak Lah kepada timbalan perdana menteri berlaku,maka sewajarnya jugalah strategi gerak kempen jentera BN harus juga berubah.BN harus menggunakan kebijaksaan dan kematangan yang ada padanya.

Friday, September 19, 2008

UMNO dan realiti.








Umno dan realiti,realitinya Umno sendiri telah mengalami kehakisan perpaduan.Demokrasi yang terlalu mahu diamalkan oleh ahli-ahli umno sebenarnya telah membawa perpecahan yang dari sedikit menjadi besar.Umno cawangan imejnya perlu berubah,bahkan cara pemilihan jawatankuasa pun perlu berubah.Kenapa umno tidak dapat menangkis Pas dan PKR,kerana umno itu sudah brpecah dan dibiarkan begitu sahaja.Begitu juga dengan pemuda dan puterinya,harus bergerak bijak dan pantas,jika umno mahu menawan hati rakyat sebagai pembela ,maka umno perlu berubah imejnya.Bukan hanya gah berkokok di kem sendiri,tapi gagal menarik hati masyarakat sama ada golongan muda mahupun dewasa.Umno perlu berubah dan kembali berani menangkis tohmahan persaingnya.Umno cawangan dan umno bahagian perlu banyak membuat aktiviti membela rakyat,bukannya rakyat melihat mereka sebagai kelompok kroni yang mengejar kewangan dan mengumpul harta.Umno harus berubah,jika tidak umno akan ditinggalkan pergi jauh-jauh.Senario yang berlaku ketika ini,melihat umno menyuruh pemimpin tertingginya meninggalkan tampuk ,mengapa ini berlaku,adakah kerana umno itu lemah,pemimpin umno tidak lemah jika ahli-ahlinya bersatu padu dan bukannya berkelompok-kelompok.UMNO membela orang Melayu,itulah perjuangan utamanya.Maka belalah nasih kaum Melayu ,ada beribu cara untuk membela nasib kaum Melayu.UMNO harus menerima realiti,jika tidak mereka akan ditertawakan dan dipersendakan.Bayangkan kualiti ajk cawangan umno dan bahagian umno membuat kertas kerja projek pun tidak tahu.Lebih menyedihkan tidak dapat menolak pandangan pesaingnya,kerana umno di peringkat cawagan amat lemah dan daif mindanya termasuklah umno bahagian.Buat apa gah di dalam organisasi sendiri tetapi gagal menarik perhatian organisasi masyarakat setempat.Umno perlu berubah dan menerima realiti.Ini bukan masa bercakap,tetapi membuat kerja,ini masanya membasmikan politik wang dan rasuah.

Anak Melayu dan bahasa Inggeris.









Anak Melayu masih gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.Hal ini berlaku kerana masyarakat Melayu tidak mengutamakan pembangunan pendidikan anak-anak.Jika kerajaan tidak memberikan beberapa skim bantuan,anak-anak Melayu ini akan menjadi buta huruf dan merempat sahaja.Kerajaan telah menggunakan program Pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.namun hal ini juga menjadi isu kepada orang Melayu.Namun penguasaaan Bahasa Inggeris anak-anak Melayu tetap juga tidak memuaskan.Pun begitu ada juga anak-anak Melayu yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik,begitu juga sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.Kenapakah mereka berjaya,kerana mereka adalah anak-anak Melayu yang terdiri daripada persekitaran didikan yang hebat dan luar biasa.Usahlah menyalahkan itu dan ini,tapi carilah kenapakah anak-anak Melayu ini gagal menguasai bahasa Inggeris.Jawapannya kerana anak-anak itu tinggal dan duduk di dunia Melayu yang tidak mengutamakan pendidikan dan pelajaran.Penulis tidak mahu,untuk menjaga beberapa hati orang Melayu yang tidak mengambil berat akan pendidikan anak-anak,terpaksa dikorbankan kehidupan dan nilai keluarga Melayu yang mengutamakan pendidikan.

Wednesday, September 17, 2008

Malaysia Negara kita.


Malaysia ini negara kita.Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu,Cina,India,Kadazan,Bajau,Iban dan lain-lain,itulah rakyat Malaysia,negara ini bukan milik kaum Melayu atau kaum lain-lain tetapi milik rakyat Malaysia.Sejarah membuktikan bahawa negara ini milik bangsa Malaysia.Orang Melayu usahlah berpolitik lagi,buatlah kerja seperti apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.Pilihan raya yang berlalu biarlah ianya berlalu,rakyat atau pengundi telah memberikan kata putus bahawa Kerajaan BN memerintah lagi dan 5 buah negeri pula disandang oleh pihak pas,dap dan parti keadilan rakyat.Tunggulah pula pilihan raya yang ke-13.