Saturday, August 22, 2009

Ramadan.



Ramadan datang lagi,bulan rahmat dan penuh keberkatan.Bersyukurlah kerana masih sempat menikmati bulan ramadan pada tahun ini.-satu kebajikan digandakan menjadi sepuluh dan Aku tambah lagi,dan satu kejahatan akan Aku hapuskan,puasa itu untuk-Ku dan kepunyaan-Ku,dan Aku sendirilah yang akan membalasnya dan puasa itu penghalang dan perisai seksaan Allah,bagaikan senjata dari serangan pedang-(hadis qudsi riwayat Baghawi dari seseorang)


Lantaran itu alangkah indahnya seseorang muslim dan muslimat yang dapat melaksanakan puasa ramadan dengan penuh tertib dan taqwa.

-amatlah penting menjaga lidah dan anggota badan daripada melakukan perbuatan dan tindakan yang boleh mencacatkan amalan puasa.(fitnah memfitnah dan caci -mencaci)

-peliharalah diri agar dapat melaksanakan amalan puasa dengan sempurna.

Selamat berpuasa.

Tuesday, August 11, 2009

H1N1-FLU BABI.





H1N1-FLU BABI-wabak penyakit yang membawa maut kepada penduduk dunia ketika ini.Bahkan negara kita juga telah diserang oleh wabak tersebut.Namun wabak itu boleh jugalah diperkatakan sebagai malapetaka atau bala atau peringatan Allah kepada manusia yang kian lupa akan sunnah-sunnah-Nya.

Dalam tempoh masa yang berlalu terdapat beberapa pemimpin negara ini ditempelak oleh beberapa kelompok kerana seekor binatang yang bernama babi.Kelompok ini begitu seronok mempersendakan binatang babi ini dengan nama-nama pemimpin tertentu.Kini mulut mereka telah dikunci,dikunci oleh ketentuan Allah.Allah membawa peringatan supaya umat Melayu di negara ini bahawa perencanaan-Nya mendahului perencaan manusia.-Firman Allah yang maksudnya-Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan berlakunya sunnah Allah kepada orang -orang yang terdahulu.Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat pengganti bagi sunnah Allah,dan sekali-kali tidak pula akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.(Fathir:43)

Binatang babi itu memang terdapat di negara ini.Namun adalah lebih wajar binatang babi yang banyak membawa virus penyakit itu dikurangkan kerana babi itu mendatangkan mudarat dan diharamkan oleh agama Islam.Firman Allah yang maksudnya-diharamkan bagimu memakan bangkai,darah,daging babi,..........:(Al-Maidah:3)

Namun wabak flu babi itu telah melanda,dan hari demi hari laporan kematian kerana bala H1N1 tersiar di dada media massa.Lantaran itu bertaubatlah,kembalilah kepada pimpinan Al-Quran dan al-hadis,bukannya mengikut hawa nafsu yang rakus.Usahlah mencela dan mencerca golongan ulama,para mufti dan tegurlah pemimpin yang alpa dan usahlah membela pemimpin yang menyimpang jauh.Akhirnya berlindunglah dengan Nama
Allah-ya,Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit kusta,gila dan penyakit-penyakit yang berbahaya.

Sunday, August 9, 2009

Hudud .

Hudud,satu bidang yang kian sepi diperkatakan,apatah lagi sejak pilihan raya umum yang lalu,parti-parti politik Melayu agak menyepi dalam membawa isu ini ke persada massa walaupun kes jenayah semakin bertambah.Sama ada parti umno atau pas,hudud bukanlah sesuatu yang menarik untuk diperbincangkan.Walhal hudud merupakan salah satu hukum pencegah jenayah yang paling mujarab dan berkesan dalam membendung jenayah.

Membicarakan mengenai hudud ianya bertepatan dengan perlembagaan persekutuan,perkara 3-menyatakan ISLAM IALAH AGAMA RASMI BAGI PERSEKUTUAN,TETAPI AGAMA-AGAMA LAIN BOLEH DIAMALKAN DENGAN AMAN DAN DAMAI DI MANA-AMANA BAHAGIAN PERSEKUTUAN.-

Secara ringkasnya penyataan di atas bermaksud,bahawa Islam itu diamalkan secara keseluruhan dan bukannya terhad kepada upacara-ucapacara tertentu sahaja.Bahkan ianya membawa maksud bahawa hudud boleh dilaksanakan sebagai satu undang-undang jenayah.

Umumnya hudud itu bolehlah dipecahkan kepada beberapa bahagian-
-hukum hudud kerana mencuri.
-hukum hudud kerana berzina.
-hukum hudud kerana minum arak.
-hukum hududn kerana membuat tuduhan zina.
(lihat juga hukum qisas,lihat juga ta'zir)

Jelasnya pencegahan perlakuan jenayah ini telah termaktub di dalam al-Quran.Namun demikian,amat mendukacitakan,parti politik Melayu sama ada umno dan pas gagal untuk membawa hudud sebagai salah satu undang-undang pencegahan jenayah di negara ini.Setelah hampir 50 tahun merdeka,hudud ini umpama diletakkan di penghujung sempadan,sepi dan disepikan.

Namun masa depan tetap ada,jika ada kesungguhan di hati para kepimpinan politik Melayu serta pakar undang-undang Islam,sudah pasti pelaksanaan hudud akan menjadi realiti.Perkara 3 perlembagaan persekutuan telah membuka ruang dan pintu-pintu untuk hudud.