Saturday, December 27, 2008

Perpaduan Rakyat Malaysia.


Rakyat Malaysia berbilang bangsa,agama,budaya dan ras.Sejak pembukaan Melaka nilaitara kepelbagaian interaksi antara agama dan budaya telah wujud,dan akhirnya selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957,telah jelas lagi nyata Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang agama,bangsa dan budaya.Jelasnya Malaysia berjaya membina kegemilangan kerana rakyatnya mengerti dan menggunakan kepelbagaian rupa bangsa dan budaya itu sebagai kekuatan.Perpaduan kunci kegemilangan Malaysia.Semuanya terletak di tangan rakyat Malaysia.

Thursday, December 25, 2008

Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu 2009.


















Negeri Terengganu tetap indah,aman dan makmur,rezeki melimpah ruah anugerah-Nya.Lantaran itu pada Januari 2009,pilihan raya kecil akan diadakan di Terengganu,sudah semestinya warga pengundi Terengganu akan memberikan kuasa kepada pemimpin yang dapat mempertahankan Islam dan hak orang Melayu,bukannya pemimpin yang tidak mampu mempertahankan keutuhan agama Islam dan kemajuan orang-orang Melayu.Janji-janji dalam kempen pilihan raya harus diteliti betul-betul,pengundi di terengganu bijak dan sedar siapakah yang mempersendakan sultan dan raja-raja Melayu serta bahasa Melayu.Pengundi muda harus menyelamatkan maruah Melayu dan Islam,semuanya bergantung kepada pengundi di kawasan Kuala Terengganu.Selamat mengundi,dan mendaulatkan maruah agama,bangsa dan negara.

Saturday, December 13, 2008

BN dan pilihan raya kecil di Terengganu.



Setakatmanakah pengundi di Terengganu akan memberikan BN sekali lagi mandat dalam pilian raya kecil pada Januari 2009.Setakat manakah pula pengundi Cina dan India akan menentukan pilihan mereka.Atau bagaimanakah pula orang UMNO dan jentera BN mahu meningkatkan prestasi BN dalam pilihan raya kecil kali ini.Bagaimanakah pula pengundi muda,pengundi muda Melayu sudah tentu akan berfikir berkali-kali kali ini,sama ada mahu memilih BN atau pembangkang.Pengundi muda Melayu Islam harus dapat melihat apakah yang berlaku di Perak dan Selangor.Jika BN menjadi pilihan hati pengundi,peratus majoriti BN akan meningkat kali ini.Selamat mengundi,dan setakat manakah royalti minyak dapat menjadi tanda syukur oleh pengundi di Terengganu.

Monday, December 1, 2008

Sekolah Satu Sistem.

Mukhriz berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan sistem sekolah berbeza yang dilaksanakan sekarang memandangkan ia menyumbang kepada masalah hubungan kaum di negara ini.
Kenyataan di atas amat bernas dan membina masa hadapan yang lebih mantap,cita rasa suara rakyat Malaysia telah dicetuskan oleh saudara Mukriz,(harap-harap dapat menjadi menteri pendidikan).Kenyataan beliau wajar dipersetujui oleh segenap lapisan rakyat negara ini.Saudara Mukhriz telah memandang ke hadapan,namun semuanya terserah kepada rakyat negara ini.

Thursday, November 27, 2008

Wanita Umno.








Wanita umno,siapakah teraju wanita umno,wanita-wanita di atas ialah watak-watak pemimpin yang penuh gaya ,wibawa dan ketokohan.Hanya suara perwakilan yang menentukannya.Perwakilan wanita perlu bijak,ingat undi dan pilihan adalah rahsia masing-masing.Betul ke suara akar umno mahukan perubahan,namun bagaimana jika dalam membina perubahan itu banyak janji-janji yang terpaksa diubah-ubah.Mengapakah diubah-ubah,inikah suara akar umbi umno,cuba bayangkan jika akar ubi kayu diubah-ubah,bagaimanakah nasib ubi kayu itu,cuba bayangkan jika akar pokok balak itu diubah-ubah,bagaimanakah agaknya nasib pokok balak itu.Orang Islam memegang janji,Allah tidak suka hamba-hamba-Nya yang suka mengubah-ubah janji.

Friday, November 14, 2008

BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR.






BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR MERUPAKAN SEORANG YANG BERWIBAWA DALAM KEPIMPINAN.SEKIRANYA PASUKAN SAUDARA KHARI DIGABUNGKAN DENGAN PASUKAN BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TENTU SALAH SEORANGNYA AKAN MENANG.DALAM PERTANDINGAN MESTI ADA STRATEGI.TANPA WANG PUN BOLEH MENANG JIKA STRATEGI TEPAT DAN JITU.NAMUN BAGAIMANA PULA JIKA PASUKAN-PASUKAN ITU MAHUPULA BERGABUNG DENGAN PASUKAN ANAK MATAN PERDANA MENTERI,TENTULAH LEBIH MENARIK,DAN CORAK KEMENANGAN ITU AKAN BERUBAH.BAKAL PERDANA MENTERI TENTU MAHUKAN PASUKAN YANG SETIA DAN TAAT KEPADANYA,BUKANNYA YANG SUKA MENGKRITIK TIDAK BERTEMPAT,MENDESAK TIDAK KENA GAYANYA.BAGAIMANA PULA DENGAN SUARA AKAR UMBI,AKAR UMBI UMNO ITU DI MANA,AKAR UMNO UMNO ITU ADA PADA PAK LAH.SUARA AKAN UMBI UMNO BUKA PADA WANG TAPI PADA MODAL INSAN.AKHIRNYA SAUDARA BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TETAP DENGAN MISI DAN VISINYA.

Monday, November 10, 2008

Masa depan UMNO.




Suara rasa akar umbi umno telah diperlihatkan dalam susunan calon-calon yang dipilih untuk bertanding pada bulan Mac 2009.Semuanya mempunyai kekuatan masing-masing serta pengaruh masing-masing.Namun siapakah yang akan dipilih oleh para perwakilan,semuanya akan ditentukan pada Mac 2009.Sekiranya tersalah pilih,maka umno akan menjadi lemah,dan lebih malang jika pemilihan itu tidak membawa apa-apa erti kepada nasib orang Melayu negara ini.Pemimpin yang dipilih hendaklah pemimpin yang berani dan tegas,bijak dan jujur,adil dan saksama serta mampu membela nasib rakyat Malaysia dan membawa Malaysia ke arah yang lebih maju dan terkenal di peringkat antarabangsa.Pemimpin itu juga harus tegas diri,dan bukannya terlalu lembut apabila berhadapan dengan desakan pihak lain.Namun tugas utama kepimpinan umno ialah membasmi politik wang atau politik berkepentingan peribadi.Bahkan umno di peringkat negeri,bahagian dan cawangan harus membuktikan kepada rakyat khususnya orang Melayu bahawa mereka itu pembela nasib Melayu dan masyarakat bukannya memegang tampuk jawatan tetapi hanya berpeluk tubuh sahaja.Pilihan raya ke-13 akan memberikan jawapan sama ada umno kini kembali kepada perjuangan asalnya atau umno akan menjadi bahan sejarah sahaja.

Friday, October 31, 2008

Razak Baginda.











Akhirnya Abdul Razak Abddulah Baginda dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di atas pertuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia.Kes ini merupakan satu kes biasa sahaja,namun kerana status saudara Razak Baginda yang begitu diketahui umum,maka kes ini menjadi perhatian rakyat negara ini.Kini semuanya telah berakhir,Razak Baginda dibebaskan ,pembebasan itu tidak penting kerana itu perkara biasa dalam proses penghakiman,yang tidak bersalah akan dibebaskan,yang paling utama ialah saudara Razak Baginda telah berpuasa sunat sewaktu di dalam tahanan.Inilah keperibadian yang paling wajar dicontohi.Semoga saudara Razak Baginda mendapat kekuatan dan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan membantu menerangkan kepada rakyat bahawa di dalam tahanan pun orang boleh berpuasa sunat.

Sunday, October 26, 2008

Pembela Islam.
















Wajah di atas,wajah seorang pejuang islam yang baru,yang berani menyatakan dan cinta akan agamanya,politik hanyalah wadah sistem pemerintahan,namun agama dan akidah tetap akidah dan wajib dipertahankan.Tahniah yang berhormat,YB telah membuktikan bahawa Yb lebih mengutamakan agama Islam daripada kuasa.Mungkin Pas itu rakan yb namun sikap baculnya ucahlah dicontohi.

Thursday, October 23, 2008

Rasuah musuh negara.
















Rasuah musuh negara,rakyat dan kabinet Malaysia harus bersama-sama Pak Lah memerangi rasuah ,bahkan pengganti Pak Lah juga harus meneruskan peperangan terhadap rasuah,malah perlu lebih giat lagi.Rasuah musuh negara,musuh rakyat.UMNO juga harus giat memerangai rasuah,akar umnbi umno wajib memerangi rasuah.

Saturday, October 18, 2008

Deklarasi Rakyat Kelantan tabun 1995.


Di bawah ini dicatatkan beberapa butiran Deklarasi Rakyat Kelantan yang telah dibacakan pada Perhimpunan Rakyat Kelantan pada 23 April 1995 di Stadium Mohamed ke -IV.Kota Bharu.
Bahawasanya kami rakyat Kelantan sedar televisyen dan akhbar kamu menipu kami,
kamu siarkan berita berat sebelah,
.................................................................
tidak akan kami jual negeri kami,
tidak akan kami gadai islam kami.
..........................................................
Namun realiti ketika ini dan masa depan cita-cita dan iltizam Pas tidak begitu meyakinkan,tiada pendirian teguh,sama ada mahu membina negara islam atau hanya bermain-main dengan mimpi dan bukan realiti.
Nabi akhir zaman menentang golangan kafir di kota mekah dengan tegas,bukannya dengan berdolak -dalik,pas bagaimana pula,masih lagi berdolak dalik,takut mahu berkata benar dengan dap dan pkr.Pemimpin pas yang dilantik menjadi mentei Besar Perak,masih lagi terbawa-bawa dengan isu yang remeh temeh dan langsung tiada usaha untuk menutup dan mengharamkan pusat judi nombor ekor dan kelab malam.
Rakyat Kelantan pun semakin perasan yang mereka itu membela islam,namun apabila orang mengherdik islam,diam seribu bahasa,kecuali beberapa pertubuhan di Kelantan yang lantang membela islam,pas kelu lidahnya pula.Sepatutnya semakin mendapat sokongan semakin berani,bukannya diam membisu.
Pas sebuah parti yang berpengaruah namun,apalah hendak dihairankan,jika hanya mendapat penghargaan manusia namun penghargaan Allah belum tentu lagi.Namun pas akan dapat juga penghargaan Allah jika terus bangun membela islam dengan tegas dan lantang.Jika umno tidak islamik,tegur umno,jika dap tidak mahu menerima negara islam,tegur dan tentang habis-habisan.

Saturday, October 11, 2008

UMNO dulu ,kini dan bagaimana?




Umno dulu,kini dan bagaimana,adakah selamanya atau akan kecundang jua,kecundang dibawa arus global atau dibawa oleh ahli-ahli umno sendiri.Sejak merdeka umno menjadi pilihan utama rakyat atau pengundi,walau siapapun pemimpinnya rakyat tetap percaya kepada perjuangan umno kecuali Pas,atau kecuali rakyat Kelantan,rakyat Kelantan di hati mereka tiada umno.
Perjuangan umno secara ringkas berteraskan yang berikut;
FASAL 3ASAS DAN TUJUANUMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1
Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2
Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3
Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4
Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5
Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6
Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Lantaran itu adakah perjuangan umno akan terus bertepatan dengan fasal di atas,atau bagaimana?Setakat mana umno bahagian dan umno cawangan memahami akan hakikat di atas,begitu juga umno negeri.Keputusan pilihan raya umum yang lalu membawa makna bahawa umno negeri gagal membaca hasrat rakyat atau pola pengundi,umno negeri pada hemat penulis sambil lewa dan terlalu tidak mempunyai fakta yang kukuh dalam berkempen.Ironinya Pak Lah pula diminta berundur,sedangkan Pak Lah tetap menang dibawah panji BN.Yang kalah ialah umno Kelantan,mengapakah umno Kelantan kalah,tentu ada punca-puncanya.Di Perak pula orang Melayu kalah,suara Dap dan PKR dipilih pengundi,kenapa dan mengapa,tepuk dada tanya selera.
Masa depan umno bagaimana pula,adakah rakyat atau pengundi akan memihak kepada mereka,adakah gejala politik wang atau memberi habuan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada di dalam umno atau di luar umno.Jawapannya hanya orang umno sahaja yang tahu.

Friday, October 10, 2008

Siapa bakal duduk di kerusi itu?




Kerusi itu kosong nampaknya.Masa dan waktu seperti berjanji bahawa telah tiba kerusi itu dikosongkan,dan menunggu pengganti atau tuan yang baru.Siapakah tuan itu?Kerusi itu seakan berbisik-bisik.Siapakah?Kerusi dalam gambar di atas adalah bayangan namun siapakah yang akan memegang tampuk jawatan timbalan presiden umno,adakah demokrasi yang menentukan atau tradisi yang menentukan.Kerusi oh kerusi.

Friday, October 3, 2008

Hindraf cuba bemain kasar dan kurang ajar.



Hari terbuka syawal perdana menteri tahun 2008 dicemari oleh segelintir rakyat Malaysia yang bernama Hindraf,nampaknya kumpulan itu begitu biadab dan patut diberikan nasihat ataupun tunjuk ajar.Diharapkan pihak berkuasa dapat meneliti siapakah di belakang mereka ini,sifaf dan sikap mereka tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia.

Saturday, September 20, 2008

Jentera Pilihan Raya BN rapuh.




Sejak pilihan raya umum ke-12 hinggalah ke pilihan raya kecil di permatang pauh,jelas dilihat jentera kempen pilihan raya BN agak kurang bermaya dan tidak dapat mengatasi strategi pihak lawan.Peneraju jentera kempen pilihan raya BN gagal membaca gerak geri strategi pihak lawan,dan paling penting membawa keyakinan kepada para pengundi untuk memilih BN.Hal ini berlaku kerana jentera kempen BN masih lagi terikut-ikut dengan rentak dan strategi lama dan strategi itu gagal difahami pengundi.Jelasnya komponen gagal membawa satu strategi yang mampu mencelik fikiran pengundi untuk memilih BN.Pola -pola kehendak pengundi Melayu,Cina dan India gagal diterjemahkan oleh jentera BN.Nampaknya peneraju dan pengerak jentera BN harus lebih komitmen dan berkempen dengan penuh usaha,bukannya sekadar melepas batuk ditangga.Pun begitu pada ketika ini semestinya peneraju jentera kempen pilihan raya BN telah memastikan akan kelemahan yang telah berlaku dan akan meningkatkan prestasi itu.Jika tidak BN akan tumbang lagi,dan ditumbangkan kerana situasi gerak kempen BN yang tidak jitu dan dapat mencelik fikiran pengundi.Akhirnya kalah menang itu adat pertandingan,namun usah mudah menuding jari kepada orang lain kerana kecundangnnya BN adalah kerana jentera BN,bukannya kerana Pak Lah.Akhirnya juga,apabila peralihan kuasa Pak Lah kepada timbalan perdana menteri berlaku,maka sewajarnya jugalah strategi gerak kempen jentera BN harus juga berubah.BN harus menggunakan kebijaksaan dan kematangan yang ada padanya.

Friday, September 19, 2008

UMNO dan realiti.








Umno dan realiti,realitinya Umno sendiri telah mengalami kehakisan perpaduan.Demokrasi yang terlalu mahu diamalkan oleh ahli-ahli umno sebenarnya telah membawa perpecahan yang dari sedikit menjadi besar.Umno cawangan imejnya perlu berubah,bahkan cara pemilihan jawatankuasa pun perlu berubah.Kenapa umno tidak dapat menangkis Pas dan PKR,kerana umno itu sudah brpecah dan dibiarkan begitu sahaja.Begitu juga dengan pemuda dan puterinya,harus bergerak bijak dan pantas,jika umno mahu menawan hati rakyat sebagai pembela ,maka umno perlu berubah imejnya.Bukan hanya gah berkokok di kem sendiri,tapi gagal menarik hati masyarakat sama ada golongan muda mahupun dewasa.Umno perlu berubah dan kembali berani menangkis tohmahan persaingnya.Umno cawangan dan umno bahagian perlu banyak membuat aktiviti membela rakyat,bukannya rakyat melihat mereka sebagai kelompok kroni yang mengejar kewangan dan mengumpul harta.Umno harus berubah,jika tidak umno akan ditinggalkan pergi jauh-jauh.Senario yang berlaku ketika ini,melihat umno menyuruh pemimpin tertingginya meninggalkan tampuk ,mengapa ini berlaku,adakah kerana umno itu lemah,pemimpin umno tidak lemah jika ahli-ahlinya bersatu padu dan bukannya berkelompok-kelompok.UMNO membela orang Melayu,itulah perjuangan utamanya.Maka belalah nasih kaum Melayu ,ada beribu cara untuk membela nasib kaum Melayu.UMNO harus menerima realiti,jika tidak mereka akan ditertawakan dan dipersendakan.Bayangkan kualiti ajk cawangan umno dan bahagian umno membuat kertas kerja projek pun tidak tahu.Lebih menyedihkan tidak dapat menolak pandangan pesaingnya,kerana umno di peringkat cawagan amat lemah dan daif mindanya termasuklah umno bahagian.Buat apa gah di dalam organisasi sendiri tetapi gagal menarik perhatian organisasi masyarakat setempat.Umno perlu berubah dan menerima realiti.Ini bukan masa bercakap,tetapi membuat kerja,ini masanya membasmikan politik wang dan rasuah.

Anak Melayu dan bahasa Inggeris.









Anak Melayu masih gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.Hal ini berlaku kerana masyarakat Melayu tidak mengutamakan pembangunan pendidikan anak-anak.Jika kerajaan tidak memberikan beberapa skim bantuan,anak-anak Melayu ini akan menjadi buta huruf dan merempat sahaja.Kerajaan telah menggunakan program Pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.namun hal ini juga menjadi isu kepada orang Melayu.Namun penguasaaan Bahasa Inggeris anak-anak Melayu tetap juga tidak memuaskan.Pun begitu ada juga anak-anak Melayu yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik,begitu juga sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.Kenapakah mereka berjaya,kerana mereka adalah anak-anak Melayu yang terdiri daripada persekitaran didikan yang hebat dan luar biasa.Usahlah menyalahkan itu dan ini,tapi carilah kenapakah anak-anak Melayu ini gagal menguasai bahasa Inggeris.Jawapannya kerana anak-anak itu tinggal dan duduk di dunia Melayu yang tidak mengutamakan pendidikan dan pelajaran.Penulis tidak mahu,untuk menjaga beberapa hati orang Melayu yang tidak mengambil berat akan pendidikan anak-anak,terpaksa dikorbankan kehidupan dan nilai keluarga Melayu yang mengutamakan pendidikan.

Wednesday, September 17, 2008

Malaysia Negara kita.


Malaysia ini negara kita.Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu,Cina,India,Kadazan,Bajau,Iban dan lain-lain,itulah rakyat Malaysia,negara ini bukan milik kaum Melayu atau kaum lain-lain tetapi milik rakyat Malaysia.Sejarah membuktikan bahawa negara ini milik bangsa Malaysia.Orang Melayu usahlah berpolitik lagi,buatlah kerja seperti apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.Pilihan raya yang berlalu biarlah ianya berlalu,rakyat atau pengundi telah memberikan kata putus bahawa Kerajaan BN memerintah lagi dan 5 buah negeri pula disandang oleh pihak pas,dap dan parti keadilan rakyat.Tunggulah pula pilihan raya yang ke-13.