Saturday, July 18, 2009

Rezeki dan ekonomi.





Penjanaan ekonomi itu bergantung kepada sistem dan bagaimanakah ianya diurustadbirkan.Terdapat pelbagai sistem ekonomi,namun kemantapan ekonomi itu bergantung pula kepada kebijaksanaan individu dan negara.Namun yang penting rezeki itu anugerah-Nya.Kebijaksanaan mencari dan mengurus kenikmatan rezeki juga harus bijaksana.

-Allah berfirman yang maksudnya-dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untu mereka iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri,lalu mereka menguasainya?dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka.Maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan.dan memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman.Maka mengapakah mereka tidak bersyukur.-Yasin 71-73)

lantaran itu rezeki itu haruslah diuruskan dengan baik dan amana.Hasil rezeki yang haram amatlah membinasakan.Terdapat pelbagai punca-punca rezeki,hanya usaha,doa dan tawakal kunci yang baik dalam menjana rezeki dan ekonomi.

Amatlah wajar menjadikan SYED MOKHTAR ALBUKHARI sebagai contoh dan teladan.

Monday, July 13, 2009

Negara Islam dan Pembangunan Penganut Islam.








Isu ini amat menarik,kerana ianya sering menjadi laungan pas dan penyokongnya.Namun laungan itu kian lama kian penat dan semakin tenat.Malah perdana menteri ketika ini telah melonjak nilai kepimpinan Islamya berbanding kepimpinan pas.Namun alangkah baiknya sekiranya kedua-dua tokoh ini boleh bergerak secara bersatu dan berpadu.Bahkan al-quran dan al-hadis itu jugalah yang menjadi petunjuk kepada kita semua.

-Allah berfirman yang maksudnya-demikianlah kami kisahkan kepadamu sebahagian kisah umat yang telah lalu,dan susungguhnya telah kami berikan kepadamu dari sisi kami suatu peringatan-Taha:99)

Lantaran itu bersatulah dan pasti impian darul Islam itu akan tercapai.

Saturday, July 4, 2009

cermin.





cermin itu tersandar di dinding rumahku dan rumah kalian,
tidak terhitung berapa kali wajah kita merenung cermin,
namun cermin kehidupan bukanlah semudah cermin di dinding itu.

cermin,tiba-tiba terpandang perkataan israk mikraj,
kisah yang disenandungkan dalam ceramah-ceramah agama,
dari tahun ke tahun,dulu hingga kini.

dari masjidil haram ke masjidil aqsa lalu menemui ke-Agungannya.
sungguh derita dalam tinta sejarah,
abu talib telah kembali menemui pencipta,sayyidah khadijah isteri tercinta juga menyambut seruan maha tercinta,
remuk rasa di hatimu yang Rasulku,hanya Maha Pencipta yang Maha Tahu.

merenung cermin di dinding itu,dinding rumahku dan dinding rumah kalian,
kenapa penduduk Taif sanggup menghalau Rasul akhir zaman,
kenapa penduduk Taif sebiadab begitu,

israk mikraj,
di situ ada pelbagai kisah peristiwa,
untuk cerminan kita,cerminan kalian,
siksa dan balasan perbuatan kepada manusia,

usah mengumpat,usah fitnah memfitnah,
usah mengumpat,usah fitnah memfitnah,

tiba-tiba cermin di dinding pecah,
namun cermin israk mikraj tetap bercahaya pada sepanjang zaman,
kisahnya peristiwanya untuk pedoman kita.