Saturday, January 10, 2009

Palestin .


Ayuh,selamatkan bumi Palestin,berjuanglah sama ada dengan kekuatan senjata,penyataan suara dan hak,doa dan perpaduan.Keluarkan Israel laknat dari Bumi Palestin.Itu tugas kita rakyat Malaysia.
Ayat : 26]Ketika orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong yang ada dalam hati mereka perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah lalu Allah turunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada Kalimah Taqwa, sedang mereka adalah orang yang sangat berhak dengannya dan menjadi ahlinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[Ayat : 27]Sesungguhnya! Allah membenarkan Rasul-Nya dalam perkara mimpi itu dengan sebenarnya; iaitu bahawa kamu akan memasuki Masjid Al-Haraam Insya-Allah dengan aman; mencukur kepalamu, dan menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut, kerana Ia mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia sediakan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.
(Surah Al Fat-h)

Friday, January 2, 2009

Pengundi yang menentukannya.











PENGUNDI YANG AKAN MENENTUKAN SIAPA CALON YANG AKAN MEREKA PILIH.KEMPEN YANG DIJALANKAN HANYALAH SEBAGAI ALAT DAN STRATEGI SAHAJA.PAS MENCUBA SEKALI LAGI ADAKAH PENGUNDI MELAYU AKAN TERMAKAN DENGAN SOAL PAHALA DAN SYURGA.STRATEGI INI SESUATU YANG MENARIK,HAL INI AKAN MELIHAT SETAKAT MANAKAH KEFAHAMAN AGAMA DI KALANGAN PENGUNDI DI KUALA TERENGGANU.SOAL DOSA DAN PAHALA,MEMANG AKAN MENGUJI AKAN KEBOLEHAN RAKYAT TERENGGANU MEMHAMI AKAN SOAL AGAMA ISLAM.HUDUD PULA SEBAGAI PENAMBAH KEPADA STRATEGI PAS,NAMUN HUDUD BUKANLAH BOLEH DIADAKAN SECARA WEWENANG,KILANG ARAK DAN JUDI SERTA PUSAT MAKSIAT PUN SUKAR DITUTUP INILAH PULA MAHU MENJADIKAN HUDUD SISTEM UNDANG-UNDANG DI NEGARA INI,HUDUD ITU MILIK ALLAH DAN DITURUNKAN KEPADA HAMBA-HAMBANYA SAMA ADA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM,SAMA ADA MELAYU,CINA DAN INDIA,HUDUD UNTUK SEMUA.JIKA UNDANG-UNDAND BARAT DITERIMA OLEH RAKYAT MALAYSIA KENAPA TIDAK HUDUD.BERDOSALAH SESIAPA SAHAJA JIKA HUDUD TIDAK DIAMALKAN DENGAN CARA YANG BETUL.





Saturday, December 27, 2008

Perpaduan Rakyat Malaysia.


Rakyat Malaysia berbilang bangsa,agama,budaya dan ras.Sejak pembukaan Melaka nilaitara kepelbagaian interaksi antara agama dan budaya telah wujud,dan akhirnya selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957,telah jelas lagi nyata Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang agama,bangsa dan budaya.Jelasnya Malaysia berjaya membina kegemilangan kerana rakyatnya mengerti dan menggunakan kepelbagaian rupa bangsa dan budaya itu sebagai kekuatan.Perpaduan kunci kegemilangan Malaysia.Semuanya terletak di tangan rakyat Malaysia.

Thursday, December 25, 2008

Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu 2009.


















Negeri Terengganu tetap indah,aman dan makmur,rezeki melimpah ruah anugerah-Nya.Lantaran itu pada Januari 2009,pilihan raya kecil akan diadakan di Terengganu,sudah semestinya warga pengundi Terengganu akan memberikan kuasa kepada pemimpin yang dapat mempertahankan Islam dan hak orang Melayu,bukannya pemimpin yang tidak mampu mempertahankan keutuhan agama Islam dan kemajuan orang-orang Melayu.Janji-janji dalam kempen pilihan raya harus diteliti betul-betul,pengundi di terengganu bijak dan sedar siapakah yang mempersendakan sultan dan raja-raja Melayu serta bahasa Melayu.Pengundi muda harus menyelamatkan maruah Melayu dan Islam,semuanya bergantung kepada pengundi di kawasan Kuala Terengganu.Selamat mengundi,dan mendaulatkan maruah agama,bangsa dan negara.

Saturday, December 13, 2008

BN dan pilihan raya kecil di Terengganu.



Setakatmanakah pengundi di Terengganu akan memberikan BN sekali lagi mandat dalam pilian raya kecil pada Januari 2009.Setakat manakah pula pengundi Cina dan India akan menentukan pilihan mereka.Atau bagaimanakah pula orang UMNO dan jentera BN mahu meningkatkan prestasi BN dalam pilihan raya kecil kali ini.Bagaimanakah pula pengundi muda,pengundi muda Melayu sudah tentu akan berfikir berkali-kali kali ini,sama ada mahu memilih BN atau pembangkang.Pengundi muda Melayu Islam harus dapat melihat apakah yang berlaku di Perak dan Selangor.Jika BN menjadi pilihan hati pengundi,peratus majoriti BN akan meningkat kali ini.Selamat mengundi,dan setakat manakah royalti minyak dapat menjadi tanda syukur oleh pengundi di Terengganu.

Monday, December 1, 2008

Sekolah Satu Sistem.

Mukhriz berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan sistem sekolah berbeza yang dilaksanakan sekarang memandangkan ia menyumbang kepada masalah hubungan kaum di negara ini.
Kenyataan di atas amat bernas dan membina masa hadapan yang lebih mantap,cita rasa suara rakyat Malaysia telah dicetuskan oleh saudara Mukriz,(harap-harap dapat menjadi menteri pendidikan).Kenyataan beliau wajar dipersetujui oleh segenap lapisan rakyat negara ini.Saudara Mukhriz telah memandang ke hadapan,namun semuanya terserah kepada rakyat negara ini.

Thursday, November 27, 2008

Wanita Umno.








Wanita umno,siapakah teraju wanita umno,wanita-wanita di atas ialah watak-watak pemimpin yang penuh gaya ,wibawa dan ketokohan.Hanya suara perwakilan yang menentukannya.Perwakilan wanita perlu bijak,ingat undi dan pilihan adalah rahsia masing-masing.Betul ke suara akar umno mahukan perubahan,namun bagaimana jika dalam membina perubahan itu banyak janji-janji yang terpaksa diubah-ubah.Mengapakah diubah-ubah,inikah suara akar umbi umno,cuba bayangkan jika akar ubi kayu diubah-ubah,bagaimanakah nasib ubi kayu itu,cuba bayangkan jika akar pokok balak itu diubah-ubah,bagaimanakah agaknya nasib pokok balak itu.Orang Islam memegang janji,Allah tidak suka hamba-hamba-Nya yang suka mengubah-ubah janji.