Monday, November 10, 2008

Masa depan UMNO.




Suara rasa akar umbi umno telah diperlihatkan dalam susunan calon-calon yang dipilih untuk bertanding pada bulan Mac 2009.Semuanya mempunyai kekuatan masing-masing serta pengaruh masing-masing.Namun siapakah yang akan dipilih oleh para perwakilan,semuanya akan ditentukan pada Mac 2009.Sekiranya tersalah pilih,maka umno akan menjadi lemah,dan lebih malang jika pemilihan itu tidak membawa apa-apa erti kepada nasib orang Melayu negara ini.Pemimpin yang dipilih hendaklah pemimpin yang berani dan tegas,bijak dan jujur,adil dan saksama serta mampu membela nasib rakyat Malaysia dan membawa Malaysia ke arah yang lebih maju dan terkenal di peringkat antarabangsa.Pemimpin itu juga harus tegas diri,dan bukannya terlalu lembut apabila berhadapan dengan desakan pihak lain.Namun tugas utama kepimpinan umno ialah membasmi politik wang atau politik berkepentingan peribadi.Bahkan umno di peringkat negeri,bahagian dan cawangan harus membuktikan kepada rakyat khususnya orang Melayu bahawa mereka itu pembela nasib Melayu dan masyarakat bukannya memegang tampuk jawatan tetapi hanya berpeluk tubuh sahaja.Pilihan raya ke-13 akan memberikan jawapan sama ada umno kini kembali kepada perjuangan asalnya atau umno akan menjadi bahan sejarah sahaja.

No comments: