Friday, September 19, 2008

Anak Melayu dan bahasa Inggeris.









Anak Melayu masih gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.Hal ini berlaku kerana masyarakat Melayu tidak mengutamakan pembangunan pendidikan anak-anak.Jika kerajaan tidak memberikan beberapa skim bantuan,anak-anak Melayu ini akan menjadi buta huruf dan merempat sahaja.Kerajaan telah menggunakan program Pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.namun hal ini juga menjadi isu kepada orang Melayu.Namun penguasaaan Bahasa Inggeris anak-anak Melayu tetap juga tidak memuaskan.Pun begitu ada juga anak-anak Melayu yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik,begitu juga sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.Kenapakah mereka berjaya,kerana mereka adalah anak-anak Melayu yang terdiri daripada persekitaran didikan yang hebat dan luar biasa.Usahlah menyalahkan itu dan ini,tapi carilah kenapakah anak-anak Melayu ini gagal menguasai bahasa Inggeris.Jawapannya kerana anak-anak itu tinggal dan duduk di dunia Melayu yang tidak mengutamakan pendidikan dan pelajaran.Penulis tidak mahu,untuk menjaga beberapa hati orang Melayu yang tidak mengambil berat akan pendidikan anak-anak,terpaksa dikorbankan kehidupan dan nilai keluarga Melayu yang mengutamakan pendidikan.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Bro OC,

Sayangi bahasa dan bangsa. Rata-rata yang mendapat keistimewaan dasar PPSMI adalah anak golongan pertengahan dan orang bandar. Mereka terdedah dengan bahasa Inggeris lebih luas berbanding anak-anak pedalaman.

Kembalikan martabat bahasa. Tambahkan masa P&P Bahasa inggeris di sekolah. Wajibkan lulus BI untuk ke tingkatan 4. Itu lebih sesuai untuk memajukan masyarakat dengan bahasa itu. Jangan korban satui generasi. Mereka bukan bahan eksperimen.

Salam.