Saturday, September 20, 2008

Jentera Pilihan Raya BN rapuh.




Sejak pilihan raya umum ke-12 hinggalah ke pilihan raya kecil di permatang pauh,jelas dilihat jentera kempen pilihan raya BN agak kurang bermaya dan tidak dapat mengatasi strategi pihak lawan.Peneraju jentera kempen pilihan raya BN gagal membaca gerak geri strategi pihak lawan,dan paling penting membawa keyakinan kepada para pengundi untuk memilih BN.Hal ini berlaku kerana jentera kempen BN masih lagi terikut-ikut dengan rentak dan strategi lama dan strategi itu gagal difahami pengundi.Jelasnya komponen gagal membawa satu strategi yang mampu mencelik fikiran pengundi untuk memilih BN.Pola -pola kehendak pengundi Melayu,Cina dan India gagal diterjemahkan oleh jentera BN.Nampaknya peneraju dan pengerak jentera BN harus lebih komitmen dan berkempen dengan penuh usaha,bukannya sekadar melepas batuk ditangga.Pun begitu pada ketika ini semestinya peneraju jentera kempen pilihan raya BN telah memastikan akan kelemahan yang telah berlaku dan akan meningkatkan prestasi itu.Jika tidak BN akan tumbang lagi,dan ditumbangkan kerana situasi gerak kempen BN yang tidak jitu dan dapat mencelik fikiran pengundi.Akhirnya kalah menang itu adat pertandingan,namun usah mudah menuding jari kepada orang lain kerana kecundangnnya BN adalah kerana jentera BN,bukannya kerana Pak Lah.Akhirnya juga,apabila peralihan kuasa Pak Lah kepada timbalan perdana menteri berlaku,maka sewajarnya jugalah strategi gerak kempen jentera BN harus juga berubah.BN harus menggunakan kebijaksaan dan kematangan yang ada padanya.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Bro OC,
Tahniah kerana mewujudkan ruang maya untuk berhujah. Ada benarnya kerapuhan Bn menyebabkan pembangkang berjaya menguasai kerajaan beberapa negeri.

Muhasabahlah diri, moga Allah memberi kekuatan kepada negara ini untuk kekal aman.

sila layari blog teman:
http://brahimnyior.blogspot.com