Monday, March 16, 2009

Pak Lah.(antara yang tersirat dan tersurat)














Tidak beberapa hari lagi,dengan izin-Nya negara ini akan mendapat seorang lagi perdana menteri yang baru.Cuma perdana menteri yang baru ini terlantik dalam proses yang dinamakan peralihan kuasa.Peralihan kuasa dalam pucuk pimpinan UMNO.Namun ada juga yang kurang berpuas hati dengan corak peralihan kuasa itu.Pihak yang tidak berpuas hati ini ada pelbagai alasan dan kewajaran,begitu juga dengan pihak yang menyokong dan menerima peralihan kuasa ini.Pihak ini juga mempunyai alasan dan kewajaran mengapakah perlunya berlakunya peralihan kuasa ini.

Namun seperti yang telah tersurat,Pak Lah akan berundur diri juga dari jawatan perdana menteri dan menyerahkannya kepada timbalan perdana menterinya.Itulah yang tersurat.Bagaimana pula dengan yang tersiratnya?

Sehubungan itu Pak Lah telah dapat membawa satu letusan dalam memerangi gejala rasuah dan politik wang.Pak Lah telah menggunakan ruang yang ada untuk menggesa agar gejala rasuah dan politik wang ini dibasmikan dengan bersungguh-sungguh.Bahkan telah membawa kembali institusi kehakiman negara di landasan yang betul dan wajar.Hal ini bertepatan dengan konsep Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Pak Lah.Prinsip dan teras Islam Hadhari sebenarnya merupakan akar umbi membawa kembali peranan agama Islam dalam kehidupan harian insan.Walaupun konsep ini ditentang oleh beberapa kelompok,namun jika ianya dilaksanakan berterusan di bawah perdana menteri yang baru,sewajarnya ianya akan membawa kesan yang positif kepada rakyat negara ini.

Lantaran itu Pak Lah telah melalui ranjau dan pahit manis dalam dunia kepimpinan,sejak dalam GPMS,UMNO dan menjadi pemimpin nombor satu negara.Liku-liku itu tentunya membawa hikmah yang mendalam kepada Pak Lah dan rakyat negara ini.Akhirnya yang tersurat,Pak Lah akan berundur,dan yang tersirat pemimpin selepas ini juga harus mencontohi Pak Lah.Terima kasih Pak Lah.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Sahabat, benarlah Paklah akan berundur diri, dan pasti penggantinya tidak lain tidak bukan, DS Najib Tun Razak.

Paklah memang ada usaha mengatasi rasuah, baik dalam agensi kerajaan, mahupun dalam parti UMNO sendiri.

Memang rasuah, kalau tidak diatasi, boleh menjadi barah yang merosakkan negara.

Persoalannya, Paklah nampak bersendirian. Seolah-olah Paklah tidak dapat sokongan daripada anggota kabinet, termasuk orang UMNO sendiri. Mutakhir, khabarnya UMNO Melaka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan rasuah terhadap KM, yang juga calon Timbalan Presiden.

Sebelum itu, SU politik DS Azalina ditahan oleh SPRM. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang akan mendalangi keadaan ini?