Friday, June 12, 2009

Kerajaan Perpaduan.(2)







Kerajaan perpaduan,agak aneh,negara Islam yang mahu diperjuangkan oleh pas tidak langsung menjadi syarat utama dalam kerajaan perpaduan,masih lagi terbawa-bawa dengan rentak barat dan kufar.Aneh,dan memang aneh,pas dan umno kurang yakin dalam membawa konsep demokrasi negara ini dengan berteraskan politik islam,warna-warna pemerinthan islam,kepimpinan umno dan pas masih lagi mengikut rentak demokrasi ciptaan barat,jika itulah hakikatnya kerajaan perpaduan ini masih lagi ditakuk lama,sedangkan umno dan pas boleh berpadu dengan membawa landasan demokrasi politik islam,membawa hudud sebagai undang-undang negara dan seterusnya memakmurkan negara dengan berteraskan al-quran dan al-hadis.Kepimpinan pas dan umno harus berani melawan arus,ketika ini dan setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan telah tiba masanya teras pemerintahan Islam diolah dengan sistem demokrasi yang ada dan seterusnya mampu membela dan membangunkan rakyat Malaysia.Pas harus berusaha ke arah negara Islam jika tidak pas akan ditertawakan oleh rakyat dan pejuang Islam di negara ini.

1 comment:

org memali said...

siapa pejuang islam di negara ini ??????????? . Adakah mereka pejuang islam yg akan mentertawakan org2 islam yg lain . Mereka hanyalah pejuang yg memecahbelahkan umat Islam .Pejuang yg meletakan al quran dan hadis sebagai simbol tapi tidak diamalkan ,pejuang yg bolih berkawan dgn setan yg jelas menjadi musuh . pejuang kah mereka ini !!!!!!