Sunday, August 9, 2009

Hudud .

Hudud,satu bidang yang kian sepi diperkatakan,apatah lagi sejak pilihan raya umum yang lalu,parti-parti politik Melayu agak menyepi dalam membawa isu ini ke persada massa walaupun kes jenayah semakin bertambah.Sama ada parti umno atau pas,hudud bukanlah sesuatu yang menarik untuk diperbincangkan.Walhal hudud merupakan salah satu hukum pencegah jenayah yang paling mujarab dan berkesan dalam membendung jenayah.

Membicarakan mengenai hudud ianya bertepatan dengan perlembagaan persekutuan,perkara 3-menyatakan ISLAM IALAH AGAMA RASMI BAGI PERSEKUTUAN,TETAPI AGAMA-AGAMA LAIN BOLEH DIAMALKAN DENGAN AMAN DAN DAMAI DI MANA-AMANA BAHAGIAN PERSEKUTUAN.-

Secara ringkasnya penyataan di atas bermaksud,bahawa Islam itu diamalkan secara keseluruhan dan bukannya terhad kepada upacara-ucapacara tertentu sahaja.Bahkan ianya membawa maksud bahawa hudud boleh dilaksanakan sebagai satu undang-undang jenayah.

Umumnya hudud itu bolehlah dipecahkan kepada beberapa bahagian-
-hukum hudud kerana mencuri.
-hukum hudud kerana berzina.
-hukum hudud kerana minum arak.
-hukum hududn kerana membuat tuduhan zina.
(lihat juga hukum qisas,lihat juga ta'zir)

Jelasnya pencegahan perlakuan jenayah ini telah termaktub di dalam al-Quran.Namun demikian,amat mendukacitakan,parti politik Melayu sama ada umno dan pas gagal untuk membawa hudud sebagai salah satu undang-undang pencegahan jenayah di negara ini.Setelah hampir 50 tahun merdeka,hudud ini umpama diletakkan di penghujung sempadan,sepi dan disepikan.

Namun masa depan tetap ada,jika ada kesungguhan di hati para kepimpinan politik Melayu serta pakar undang-undang Islam,sudah pasti pelaksanaan hudud akan menjadi realiti.Perkara 3 perlembagaan persekutuan telah membuka ruang dan pintu-pintu untuk hudud.

No comments: