Friday, May 15, 2009

Politik Melayu.












Hakikat politik di Perak merupakan suatu peristiwa biasa,akibat karenah politik Melayu.Kini politik di Perak ditentukan oleh mahkamah.Mengheret politik ke mahkamah merupakan satu proses biasa,namun ianya berlaku pada kali ini,bukan pilihan raya yang sudah lama berlalu.Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras utama proses demokrasi negara ini telah membenarkan dunia politik Perak bergerak seperti itu.

Hakikatnya juga,ini membawa petanda bahawa umno dan pas harus bersatu hati,dan orang Melayu wajar dan wajib bersatu.Suara majoriti merupakan tanda kuasa dalam sistem demokrasi.Lantaran itu orang Melayu perlu bersatu,dan politik Melayu perlu bersatu.
Pengundi cina telah menolak BN,begitu juga dengan pengundi India,maka wajarlah pengundi Melayu bersatu,dan ianya akan bersatu jika pas dan umno bersatu.Adakah umno yakin bahawa pengundi cina dan india akan memilih mereka?Bahkan adakah mereka yakin pengundi muda akan memilih mereka?Benarkah umno telah berubah dan merenung kesilapan diri dan benar-benar memahami suara akar umbi rakyat,jika benar,umno akan mampu menarik kembali hati pengundi Melayu dan pengundi muda,bahkan pengundi india dan cina,jika tidak,apakah yang akan berlaku...........?Namun hakaikatnya pas dan umno perlu bergabung dan bersatu.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Persoalannya, bolehkah dua parti Melayu dua aliran yang berbeza, menyatukan pandangan. Dalam banyak hal, pandangan politik antara PAS dan UMNO memang kontras.

Hala tuju PAs dan UMNO juga berbeza. Penyelesaian krisis Perak nampaknya mula menampakkan tanda mereda, apabila Najib menyerahkan kepada sultan jika ingin bubarkan DUN.

Ramai yang setuju pembubaran DUN akan membawa penyelesaian krisis. Tapi mampukah pihak yang kalah menerima hakikat nanti?

Kenyataannya, politik kita menuntut kematangan berfikir semua pihak. Kembalikan kepada yang hak.