Saturday, July 18, 2009

Rezeki dan ekonomi.





Penjanaan ekonomi itu bergantung kepada sistem dan bagaimanakah ianya diurustadbirkan.Terdapat pelbagai sistem ekonomi,namun kemantapan ekonomi itu bergantung pula kepada kebijaksanaan individu dan negara.Namun yang penting rezeki itu anugerah-Nya.Kebijaksanaan mencari dan mengurus kenikmatan rezeki juga harus bijaksana.

-Allah berfirman yang maksudnya-dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untu mereka iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri,lalu mereka menguasainya?dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka.Maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan.dan memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman.Maka mengapakah mereka tidak bersyukur.-Yasin 71-73)

lantaran itu rezeki itu haruslah diuruskan dengan baik dan amana.Hasil rezeki yang haram amatlah membinasakan.Terdapat pelbagai punca-punca rezeki,hanya usaha,doa dan tawakal kunci yang baik dalam menjana rezeki dan ekonomi.

Amatlah wajar menjadikan SYED MOKHTAR ALBUKHARI sebagai contoh dan teladan.

Monday, July 13, 2009

Negara Islam dan Pembangunan Penganut Islam.








Isu ini amat menarik,kerana ianya sering menjadi laungan pas dan penyokongnya.Namun laungan itu kian lama kian penat dan semakin tenat.Malah perdana menteri ketika ini telah melonjak nilai kepimpinan Islamya berbanding kepimpinan pas.Namun alangkah baiknya sekiranya kedua-dua tokoh ini boleh bergerak secara bersatu dan berpadu.Bahkan al-quran dan al-hadis itu jugalah yang menjadi petunjuk kepada kita semua.

-Allah berfirman yang maksudnya-demikianlah kami kisahkan kepadamu sebahagian kisah umat yang telah lalu,dan susungguhnya telah kami berikan kepadamu dari sisi kami suatu peringatan-Taha:99)

Lantaran itu bersatulah dan pasti impian darul Islam itu akan tercapai.

Saturday, July 4, 2009

cermin.





cermin itu tersandar di dinding rumahku dan rumah kalian,
tidak terhitung berapa kali wajah kita merenung cermin,
namun cermin kehidupan bukanlah semudah cermin di dinding itu.

cermin,tiba-tiba terpandang perkataan israk mikraj,
kisah yang disenandungkan dalam ceramah-ceramah agama,
dari tahun ke tahun,dulu hingga kini.

dari masjidil haram ke masjidil aqsa lalu menemui ke-Agungannya.
sungguh derita dalam tinta sejarah,
abu talib telah kembali menemui pencipta,sayyidah khadijah isteri tercinta juga menyambut seruan maha tercinta,
remuk rasa di hatimu yang Rasulku,hanya Maha Pencipta yang Maha Tahu.

merenung cermin di dinding itu,dinding rumahku dan dinding rumah kalian,
kenapa penduduk Taif sanggup menghalau Rasul akhir zaman,
kenapa penduduk Taif sebiadab begitu,

israk mikraj,
di situ ada pelbagai kisah peristiwa,
untuk cerminan kita,cerminan kalian,
siksa dan balasan perbuatan kepada manusia,

usah mengumpat,usah fitnah memfitnah,
usah mengumpat,usah fitnah memfitnah,

tiba-tiba cermin di dinding pecah,
namun cermin israk mikraj tetap bercahaya pada sepanjang zaman,
kisahnya peristiwanya untuk pedoman kita.

Friday, June 12, 2009

Kerajaan Perpaduan.(2)







Kerajaan perpaduan,agak aneh,negara Islam yang mahu diperjuangkan oleh pas tidak langsung menjadi syarat utama dalam kerajaan perpaduan,masih lagi terbawa-bawa dengan rentak barat dan kufar.Aneh,dan memang aneh,pas dan umno kurang yakin dalam membawa konsep demokrasi negara ini dengan berteraskan politik islam,warna-warna pemerinthan islam,kepimpinan umno dan pas masih lagi mengikut rentak demokrasi ciptaan barat,jika itulah hakikatnya kerajaan perpaduan ini masih lagi ditakuk lama,sedangkan umno dan pas boleh berpadu dengan membawa landasan demokrasi politik islam,membawa hudud sebagai undang-undang negara dan seterusnya memakmurkan negara dengan berteraskan al-quran dan al-hadis.Kepimpinan pas dan umno harus berani melawan arus,ketika ini dan setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan telah tiba masanya teras pemerintahan Islam diolah dengan sistem demokrasi yang ada dan seterusnya mampu membela dan membangunkan rakyat Malaysia.Pas harus berusaha ke arah negara Islam jika tidak pas akan ditertawakan oleh rakyat dan pejuang Islam di negara ini.

Sunday, June 7, 2009

Kerajaan Perpaduan.(fantasi atau realiti)









Kenapakah dan mengapakah dicadangkan satu konsep kerajaan perpaduan,sedangkan selama ini BN itu teras kerajaan perpaduan yang menggambarkan realiti pengundi dan rakyat di negara ini.Amat sini apabila ketika ini umno dan pas berbincang atau mahu memperkatakan tentang kerajaan perpaduan,bagi penulis sewajarnya pada ketika ini umno harus membersihkan imejnya di hati rakyat.Umno harus memberi ingat kenapa dan mengapakah rakyat berasa loya dalam memperkatakan tentang umno.(walaupun pada dasarnya umno telah memperjuangkan kemajuan rakyat di negara ini).

Sejak bila pula pas mahu berpadu dengan umno?Adakah pas yakin dengan umno,dan umno yakin dengan pas.(adakah umno bahagian lumut boleh duduk semeja dengan pas bahagian lumut,atau adakah penyokong pas di kawasan felca gugusan lekir atau pun kawasan lekir boleh menerima kepimpinan menteri besar perak ketika ini,adun pangkor yang berwibawa dan berkarisme.)

Lantaran itu adalah wajar bagi pas untuk memasti kelompok yang bersimpati dengan pkr diperhatikan betul-betul,kerana kelompok ini boleh menjadi virus bagi pas.Pas ialah parti islam semalaysia,memperjuangkan sistem berteraskan al-quran dan al-hadis.Manakala umno hendaklah membuktikan bahawa ahli dan pimpinan bahagian dan cawagan-cawangannya berjuang demi rakyat,demi kepentingan orang Melayu dan bukannya kepentingan perut masing-masing.

Rumusannya pimpinan parti politik hanya boleh melaksanakan pelbagai idea dan tindakan dalam meneruskan sistem politik negara,namun kunci utamanya ialah para pengundi,para pengundi yang akan menentukan nasib parti politik negara ini pada pilihan raya akan datang.Pengundi itu bijak.Oleh itu fantasi atau realiti hanya pengundi yang menentukannya.

Friday, May 29, 2009

KOMUNIS CHIN PENG.(MELAYU MANJUNG KENAPA MEMBISU)





Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.
Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.


Komunis musuh utama negara pada satu ketika dahulu,kini ada pula suara-suara yang mahu komunis itu dilayan seperti warga Malaysia yang lain.Siapakah komunis atau PKM itu,secara ringakas PKM itu telah membunuh banyak nyawa yang tidak berdosa termasuk perwira tanah air tercinta.PARTI KOMUNIS MALAYA ITU MUSUH NEGARA.PEMBUNUH DAN PEROSAK HARTA BENDA.OLEH ITU MELAYU MANJUNG TIDAK WAJAR MEMBISU ,BANGKITLAH MENENTANG SUARA-SUARA YANG MAHU MELETAKKAN KEISTIMEWAAN KEPADA PKM,TERUTAMANYA PEMIMPIN NOMBOR SATU PKM.

Friday, May 15, 2009

Politik Melayu.












Hakikat politik di Perak merupakan suatu peristiwa biasa,akibat karenah politik Melayu.Kini politik di Perak ditentukan oleh mahkamah.Mengheret politik ke mahkamah merupakan satu proses biasa,namun ianya berlaku pada kali ini,bukan pilihan raya yang sudah lama berlalu.Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras utama proses demokrasi negara ini telah membenarkan dunia politik Perak bergerak seperti itu.

Hakikatnya juga,ini membawa petanda bahawa umno dan pas harus bersatu hati,dan orang Melayu wajar dan wajib bersatu.Suara majoriti merupakan tanda kuasa dalam sistem demokrasi.Lantaran itu orang Melayu perlu bersatu,dan politik Melayu perlu bersatu.
Pengundi cina telah menolak BN,begitu juga dengan pengundi India,maka wajarlah pengundi Melayu bersatu,dan ianya akan bersatu jika pas dan umno bersatu.Adakah umno yakin bahawa pengundi cina dan india akan memilih mereka?Bahkan adakah mereka yakin pengundi muda akan memilih mereka?Benarkah umno telah berubah dan merenung kesilapan diri dan benar-benar memahami suara akar umbi rakyat,jika benar,umno akan mampu menarik kembali hati pengundi Melayu dan pengundi muda,bahkan pengundi india dan cina,jika tidak,apakah yang akan berlaku...........?Namun hakaikatnya pas dan umno perlu bergabung dan bersatu.