Friday, May 29, 2009

KOMUNIS CHIN PENG.(MELAYU MANJUNG KENAPA MEMBISU)





Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.
Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.


Komunis musuh utama negara pada satu ketika dahulu,kini ada pula suara-suara yang mahu komunis itu dilayan seperti warga Malaysia yang lain.Siapakah komunis atau PKM itu,secara ringakas PKM itu telah membunuh banyak nyawa yang tidak berdosa termasuk perwira tanah air tercinta.PARTI KOMUNIS MALAYA ITU MUSUH NEGARA.PEMBUNUH DAN PEROSAK HARTA BENDA.OLEH ITU MELAYU MANJUNG TIDAK WAJAR MEMBISU ,BANGKITLAH MENENTANG SUARA-SUARA YANG MAHU MELETAKKAN KEISTIMEWAAN KEPADA PKM,TERUTAMANYA PEMIMPIN NOMBOR SATU PKM.

Friday, May 15, 2009

Politik Melayu.












Hakikat politik di Perak merupakan suatu peristiwa biasa,akibat karenah politik Melayu.Kini politik di Perak ditentukan oleh mahkamah.Mengheret politik ke mahkamah merupakan satu proses biasa,namun ianya berlaku pada kali ini,bukan pilihan raya yang sudah lama berlalu.Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras utama proses demokrasi negara ini telah membenarkan dunia politik Perak bergerak seperti itu.

Hakikatnya juga,ini membawa petanda bahawa umno dan pas harus bersatu hati,dan orang Melayu wajar dan wajib bersatu.Suara majoriti merupakan tanda kuasa dalam sistem demokrasi.Lantaran itu orang Melayu perlu bersatu,dan politik Melayu perlu bersatu.
Pengundi cina telah menolak BN,begitu juga dengan pengundi India,maka wajarlah pengundi Melayu bersatu,dan ianya akan bersatu jika pas dan umno bersatu.Adakah umno yakin bahawa pengundi cina dan india akan memilih mereka?Bahkan adakah mereka yakin pengundi muda akan memilih mereka?Benarkah umno telah berubah dan merenung kesilapan diri dan benar-benar memahami suara akar umbi rakyat,jika benar,umno akan mampu menarik kembali hati pengundi Melayu dan pengundi muda,bahkan pengundi india dan cina,jika tidak,apakah yang akan berlaku...........?Namun hakaikatnya pas dan umno perlu bergabung dan bersatu.

Monday, April 20, 2009

Sultan itu lambang jatiditi Malaysia.









Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa Sultan merupakan simbol kedaulatan negara atau negeri-negeri berdasarkan garis-garis yang termaktub dalam perlembagaan negara.Namun dewasa kini,terdapat segelintir golongan atau kelompok yang menghina akan institusi itu.Hal ini berlaku kerana golongan ini berasakan mereka itu kebal,sedangkan gelagat mereka sedang dipantau dan diperhatikan oleh rakyat yang memahami akan perlembagaan negara.Sebenarnya golongan ini bukanlah hebat sangat,bahkan golongan ini bukan sahaja menghina institusi Sultan ,bahkan sesiapa sahaja yang tidak memihak kepada mereka.

Lantaran itu amatlah tepat bahawa golongan ini haruslah beringat-ingat sebelum terlambat.Titah Sultan Perak wajar dienungi ,bukannya dimurkai.

Friday, April 3, 2009

Peralihan Minda dan masa depan.








Kini peralihan perdana menteri Malaysia telah pun dilaksanakan dengan penuh rapi dan penuh mesra dan aturcara.Namun setakat manakah pengundi di Parlimen Bukit Gantang dapat melihat dan memahami akan hakikat peralihan ini.Jika pengundi di kawasan itu masih lagi alpa dan leka dengan menu lama,pasti kesannya akan dirasai oleh pengundi dan penduduk di kawasan Bukit Gantang.Sewajarnya para pengundi di situ tidak emosi tetapi bijak dalam mengemudi masa depan.Lantaran itu antara fenomena peralihan tampuk pentadbiran Malaysia adalah seperti berikut berdasarkan pendapat penulis.

1)era pak lah,telah melihat bagaimana rakyat menggunakan ruang keterbukaan yang ada,adakah rakyat bijak menggunakannya atau gagal memanfaatkan ruang keterbukaan itu.

2.ekonomi dunia tidak menentu,bahkan sukar untuk diramal secara tepat akan hakikat ekonomi pada masa akan datang.

3.walaupun calon pas bagi parlimen Bukit Gantang pada kali ini merupakan adun Pasir Panjang dan telah berjasa kepada kaum cina,namun pengundi cina harus melihat itu dengan lebih jauh lagi,hidup bukannya setahun dua,tetapi masa depan tetap akan datang.

4.Yab Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah memberikan ruang yang terbuka kepada pengundi di Parlimen Bukit Gantang untuk menentukan nasib mereka.

Justeru itu,abgin perubahan telah mula berlaku,maka pengundi di Parlimen Bukit Gantang harus bergerak bersama angin peralihan itu.Pilihlah BN,pengundi akan dapat melihat dan menikmati kesejahteraan masa depan.


Sehubungan itu setakat artikel ini ditulis,penulis yakin bahawa pengundi akan memilih BN,dan memberi peluang kepada BN untuk membina kesejahteraan rakyat setelah BN menyedari akan kealpaan mereka tempoh hari.Selamat mengundi.

Saturday, March 28, 2009

Perubahan di sini mulanya.











Di Bukit Gantang akan bermula segalanya,segala yang dijanjikan oleh umno sewaktu di Perhimpunannya tempoh hari.Pilihan raya kecil itu akan membawa titik tolah sama ada umno dan bn akan rebah atau kembali bertahkta.Semuanya ditentukan oleh ahli dan kepimpinan umno terutamanya ahli-ahli umno di bahagian Bukit Gantang.Hanya satu sahaja yang boleh memenangkan BN iaitu kesatuan ahli umno dan kesatuan komponen BN.Pakatan Rakyat telah mengatur langkah memikat pengundi muda,lantaran itu kekuatan kempen BN dalam memikat pengundi muda juga menjadi teras kepada kemenangandiBukit Gantang.

Wednesday, March 18, 2009

Ramalan keputusan Pemilihan MT Umno.















Setakat artikel ini ditulis,keputusan rayuan tindakan disiplin ke atas Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam belum diketahui.Namun inilah ramalan penulis mengenai keputusan pemilihan yang bakal diperoleh.Ramalan ini akan berubah bergantung kepada keputusan tindakan disiplin ke atas Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.



Ramalan.
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
TAHUN 2008/2011

YB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN MOHD
YASSIN
PAGOH

NAIB PRESIDEN UMNO
YB DATO' SERI DR AHMAD ZAHID
HAMIDI

YB DATUK SERI UTAMA DR RAIS BIN
YATIM

KETUA PEMUDA UMNO

YB KHAIRY JAMALUDDIN

NAIB KETUA PEMUDA UMNO
YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM

KETUA WANITA UMNO
YBHG DATO' SERI SHAHRIZHAT ABDUL
JALIL


Namun hakikat yang paling penting ialah perwakilan umno hendaklah bijak dalam membuat pemilihan,suara umno mesti kembali membela nasih orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Monday, March 16, 2009

Pak Lah.(antara yang tersirat dan tersurat)














Tidak beberapa hari lagi,dengan izin-Nya negara ini akan mendapat seorang lagi perdana menteri yang baru.Cuma perdana menteri yang baru ini terlantik dalam proses yang dinamakan peralihan kuasa.Peralihan kuasa dalam pucuk pimpinan UMNO.Namun ada juga yang kurang berpuas hati dengan corak peralihan kuasa itu.Pihak yang tidak berpuas hati ini ada pelbagai alasan dan kewajaran,begitu juga dengan pihak yang menyokong dan menerima peralihan kuasa ini.Pihak ini juga mempunyai alasan dan kewajaran mengapakah perlunya berlakunya peralihan kuasa ini.

Namun seperti yang telah tersurat,Pak Lah akan berundur diri juga dari jawatan perdana menteri dan menyerahkannya kepada timbalan perdana menterinya.Itulah yang tersurat.Bagaimana pula dengan yang tersiratnya?

Sehubungan itu Pak Lah telah dapat membawa satu letusan dalam memerangi gejala rasuah dan politik wang.Pak Lah telah menggunakan ruang yang ada untuk menggesa agar gejala rasuah dan politik wang ini dibasmikan dengan bersungguh-sungguh.Bahkan telah membawa kembali institusi kehakiman negara di landasan yang betul dan wajar.Hal ini bertepatan dengan konsep Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Pak Lah.Prinsip dan teras Islam Hadhari sebenarnya merupakan akar umbi membawa kembali peranan agama Islam dalam kehidupan harian insan.Walaupun konsep ini ditentang oleh beberapa kelompok,namun jika ianya dilaksanakan berterusan di bawah perdana menteri yang baru,sewajarnya ianya akan membawa kesan yang positif kepada rakyat negara ini.

Lantaran itu Pak Lah telah melalui ranjau dan pahit manis dalam dunia kepimpinan,sejak dalam GPMS,UMNO dan menjadi pemimpin nombor satu negara.Liku-liku itu tentunya membawa hikmah yang mendalam kepada Pak Lah dan rakyat negara ini.Akhirnya yang tersurat,Pak Lah akan berundur,dan yang tersirat pemimpin selepas ini juga harus mencontohi Pak Lah.Terima kasih Pak Lah.