

'Pemuda UMNO celaka' -itulah nasib atau suratan yang dihemburkan di parlimen baru-baru ini.Tentulah hebat dan bijak *orang * yang berani mengherdik pemuda umno.Pemuda-tentulah jiwanya muda,dan ketika ini rakyat akan melihat apakah tindakbalas daripada pemuda umno.Setelah negara merdeka lebih 50 tahun,itulah nasib dan suratan pemuda umno.Namun kenapa dan mengapa jadi begitu?Fikir-fikirkanlah.UMNO ialah orang Melayu,Pas juga orang Melayu,penulis juga orang Melayu,tentulah ada pelbagai rasa dan perasaan bermain di jiwa apabila diherdik begitu rupa,apatah lagi di dalam dewan yang mulia-Bahkan tentulah rakyat Malaysia juga terasa kenapa dan mengapakah itu berlaku.Apakah itu kerja dan mentaliti seorang pemimpin?Apakah itu bahasa seorang pemimpin?Bagi penulis itu semua ada hikmahnya-Kepada-NYAlahtempat kita mengadu.