Saturday, February 21, 2009

Ketua wanita umno yang baru.











Siapakah yang akan menerajui kepimpinan wanita umno,calon sudah ada,dan sudah muktamad,namun hari penentuan sahaja yang dinantikan.Kedua-duanya merupakan calon yang berwibawa,berkhidmat untuk rakyat dan berjiwa pembangunan.Apakah yang menjadi faktor utama dan ukuran yang akan digunakan oleh para perwakilan ?Bagi penulis,semuanya bergantung kepada suara demokrasi yang telah lama berakarumbi dalam organisasi politik umno.Walaupun kekadang faktor pilihan raya kecil juga boleh mempengaruhi keputusan para perwakilan,akhirnya di tangan perwakilanlah tampuk kepimpinan wanita umno ditentukan.Bagaimanakah dengan perwakilan dari negeri Perak,siapakah pilihan mereka?Namun jika calon-calon mahu menarik diri pada saat akhir pun boleh difikirkan juga,tetapi eloklah diberikan peluang kepada perwakilan menentukannya.Ingat pilihan anda menentukan masa depan umno.Elok juga para perwakilan membuat solat hajat atau memohon petunjuk daripada-Nya sebelum melangkah ke petik undian.

No comments: