Friday, February 27, 2009

Nasib atau suratan.

















'Pemuda UMNO celaka' -itulah nasib atau suratan yang dihemburkan di parlimen baru-baru ini.Tentulah hebat dan bijak *orang * yang berani mengherdik pemuda umno.Pemuda-tentulah jiwanya muda,dan ketika ini rakyat akan melihat apakah tindakbalas daripada pemuda umno.Setelah negara merdeka lebih 50 tahun,itulah nasib dan suratan pemuda umno.Namun kenapa dan mengapa jadi begitu?Fikir-fikirkanlah.UMNO ialah orang Melayu,Pas juga orang Melayu,penulis juga orang Melayu,tentulah ada pelbagai rasa dan perasaan bermain di jiwa apabila diherdik begitu rupa,apatah lagi di dalam dewan yang mulia-Bahkan tentulah rakyat Malaysia juga terasa kenapa dan mengapakah itu berlaku.Apakah itu kerja dan mentaliti seorang pemimpin?Apakah itu bahasa seorang pemimpin?Bagi penulis itu semua ada hikmahnya-Kepada-NYAlahtempat kita mengadu.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Sahabat,

Perkataan celaka maksudnya malang, tidak bertuah; istilah maki hamun (rujuk Kamus Dewan)

Tindakan Karpal menghamburkan perkataan itu di dewan Parlimen memang tidak sewajarnya oleh ahli politik, tapi tindakan PEMUDA Selangor yang 'menyerang' orang tua berkerusi roda itu boleh menjejaskan imej orang Melayu sendiri. Malah, untuk menawan hati bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang, PEMUDA sukar mendapat ruang seperti mana yang diperoleh pembangkang. Bagaimanapun, pilihan raya di Selambau dan B Gantang mungkin boleh jadi penanda aras..

Saya faham mengapa PEMUDA UMNO marah sangat, tetapi ia bukan nasib, bukan suratan. Ia boleh dielakkan sebenarnya..