Wednesday, February 11, 2009

Sistem demokrasi raja berpelembagaan.








Kemerdekaan Tanah Melayu telah membawa perlembagaan persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.Di dalamnya terkandung akan hakikat proses yang tersurat mengenai sistem demokrasi raja berpelembagaan.Hakikatnya itulah sistem yang diamalkan oleh negara ini,namun amat menghairan kenapa ada golongan yang sanggup untuk mengusik akan kerukunan sistem itu.Menolak dan menderhaka kepada sultan tanpa sebab yang sahih dan berlawanan dengan perlembagaan akan membawa kepada unsur-unsur yang negatif.Para mahasiswa muda dan golongan muda harus bijaksana dalam menilai setiap inci dan butiran perlembagaan negara.Strategi politik membolehkan setiap parti yang sah itu mengatur percaturan dalam mendapatkan sokongan pengundi.Sokongan pengundi berbeza nadanya dengan sokongan rakyat.Namun kebijaksanaan dan ketelusan dalam membangunkan kepercayaan rakyat dan pengundi itu lebih penting berbanding dengan percaturan politik yang tidak matang.Amat malang,khasnya bagi orang Melayu,kerana mengheret sultan yang menjadi lambang keadilan dan kedaulatan dan
keselamatan rakyat serta kesejahteraan rakyat dalam kancak politik yang tidak bermoral.Rakyat tidak mendapat apa-apa keuntungan,begitu juga dengan para pengundi.Oleh itu gologan muda dan mahasiswa muda harus memikirkan hal ini dengan cara yang rasional.

2 comments:

Brahim Nyior said...

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
...


Kalau tiada raja, negara kita seumpama Tibetlah...

Daulat Tuanku

Brahim Nyior said...

Aik, tak balas pun..

Ko tak update ke OC?

Zambry dah naik ni, sapa calon di Bukit Gantang?