Wednesday, February 25, 2009

Perdana Menteri Malaysia.











-Bersandarkan kepada sabda nabi S.A.W yang maksudnya,
demi Allah,sungguh kami tidak menyerahkan pengurusan atau pekerjaan dalam pemerintahan kepada seseorang yang mencintainya atau kepada seseorang yang sangat menginginkannya.(nailur authar,jilid 6,hal.601/pemerintahan islam dalam masyarakat majmuk,ikim,muka surat 25)

-janganlah engkau minta menjadi pemimpin,sebab sesungguhnya jika engkau diberinya tanpa meminta maka engkau akan dibantu Allah,tetapi jika engkau diberinya kerana meminta,maka engkau akan dibebaninya sendiri.(muka surat 25,pemerintahan islam dalam masyarakat majmuk,ikim)

Lantaran itu amat menarik untuk difikirkan betapa jawatan perdana menteri itu amat besar amanahnya dan tanggungjawabnya.Maka rakyat harus taat dan setia kepada perdana menteri selagi ianya bergerak mengikut landasan demokrasi dan raja berpelembagaan.

Namun ketika ini,pengundi amat sukar untuk menilai siapakah yang layak untuk diangkat menjadi pemimpin utama negara.Sehubungan itu perdana menteri di kalangan parti komponen BN telah mencipta banyak kecemerlangan dalam mengisi kemerdekaan Malaysia.Buktinya ada di depan mata,namun masa depan tiada siapa yang tahu.Apakah pemimpin di kalangan Pas boleh menjadi perdana menteri,begitu juga di kalangan DAP.
Masa depan menentukannya.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Benar, jawatan ketua negara besar tanggungjawabnya. Ia memerlukan satu kekuatan, tak terhad kepada
mana-mana individu. Tak kira dari mana dan apa parti politiknya, asalkan ia layak dan mendapat kepercayaan rakyat, melalui proses pilihan raya yang sah.

Apabila jadi pemimpin, harus ingat bahawa mereka memgang amanah, bukan boleh buat sesuka hati, sehingga rakyat rasa dipinggirkan.

Cuba fikirkan, selepas 50 tahun, kepercayaan rakyat terhadap BN terjejas, dan terbukti pada pilihanraya ke-12 lalu.

Jadi, pemimpin kita kena muhasabah diri. Kembali ke akar umbi, laksanakan amanah agar rakyat kembali sayang, seperti mana sayangnya rakyat terhadap Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Dr M.

Andainya pemimpin yang ada masih dibuai rasa megah dan bangga dengan kuasa yang ada, pasti BN akan hilang pengaruh, dan ketika itu, mangsanya ialah UMNO sendiri.. Fikirkanlah.