Monday, February 23, 2009

Menteri Besar Perak.











1.Menteri Besar di negeri Perak Darul Ridzuan wajib dan mesti mendapat perkenan duli yang maha mulia paduka Sultan Perak.Tanpa perkenan Paduka Sultan,maka menteri besar itu tidak wajar menerajui kerajaan negeri Perak.

2.Bekas menteri besar Perak hanya daripada adun pasir panjang,manakala menteri besar perak yang terini datangnya dari adun pangkor.Jarak pulau pangkor dan pasir panjang tidaklah sejauh mana.Penduduk di adaerah Manjung boleh menilai setakat manakah amanah yang dilaksanakan oleh setiap menteri besarnya.Sewajarnya projek-projek tertentu hendaklah dibawa ke daerah Manjung.Penduduk daerah Manjung bersyukur kerana di bumi Manjunglah terletaknya destinasi pelancongan yang terkemuka iaitu pulau pangkor.

3.Warga Manjung tidak mahu menteri besar yang bijak bercakap dan berceramah sahaja,namun pembangunan untuk warga Manjung hanya seperti mengharap hujan yang tidak turun sewaktu kemarau panjang.

4.Pengundi menentukan segalanya,masa akan berlalu,masa depan akan mendatang.Diharapkan menteri besar perak yang terkini lebih membawa kemakmuran kepada warga Perak.

5.Penulis tetap di belakang YAB menteri besar selagi,amanah dan tanggungjawab dilaksanakan.Amanah dijunjung,kemakmuran diangkat.

1 comment:

Brahim Nyior said...

Teman boleh rumuskan, apa yang berlaku di negeri kita ni seperti berikut:

1. Kalah jadi arang, menang jadi abu. Kita hanya menyemai kebencian antara satu sama lain.

2. Rakyat Peraklah yang rugi dek persengketaan politik yang berlaku sekarang.

3. Kita terlalu banyak berpolitik sehingga lupa pada masalah ekonomi yang makin mencengkam.

4. Politik kita masih jauh daripada kematangan seperti di negara maju.

Tapi itulah keunikan Malaysia..